5 Tahun Permohonon PTD
Kenal Logo ini? Ya! inilah antara Jawatan yang aku cuba isi sepanjang aku telah bergraduasi di salah sebuah universiti tempatan. ''BUKAN MUDAH MENYUSUR TANGGA KE ANGAKASA HUUU YEAAA'' bait-bait lagu Akademi Fantasi Menuju Puncak.
Kenapa aku kata bukan mudah? Ye lah, untuk makluman anda semua, saya mengisi jawatan PTD ini sejak tahun 2015 dan sepanjang tempoh itu saya GAGAL 3/4 kali di peringkat temuduga yang dijalankan di SPA Putrajaya.
Sedih bukan kepalang, tapi ia berbalik kepada rezeki. saya kena akur. So! untuk anda yang baru berjinak untuk mengisi jawatan ini, terdapat beberapa peringkat sebelum anda layak digelar Pegawai Tadbir Diplomatik.
PERTAMA: Menduduki Ujian Peperiksaan Secara Online
Bahagian A: Pengetahuan Am (Mengenai Malaysia)
Bahagian B: Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik)
Bahagian C: Kefahaman Bahasa Inggeris
Pastikan anda bersedia dan jangan lupa bawa bersama kertas kosong dan kalkulator TAU!
KEDUA: Bila anda lulus Ujian Peperiksaan, anda akan menerima emel yang mengesahkan anda akan menghadiri Ujian PTD Assessment Center (PAC). Kali ini anda perlu bersedia dari segi fizikal pula ya. Ketika ujian PAC, anda akan disaring dengan aktiviti Ujian Kecergasan Jasmani Kembangsaan (UKJK) seperti:
Ujian BMI
Ujian Bangkit Tubi
Ujian Lari ulang-alik
Ujian Duduk dan Jangkau
Ujian Genggam Tangan
Kalau lulus ujian ini, barulah anda akan layak ke hari kedua PAC iaitu Pengucapan Awam dan Public Speaking. Di sini, anda perlu menonjolkan diri dan meyakinkan para panel PAC yang anda mempunyai kualiti seorang PTD seperti mahir berkomunikasi, mahir menyampaikan idea/,maklumat, mahir dalam kerja berkumpulan dan menyelesaikan masalah.
Selepas tamat PAC anda akan balik ke kediaman masing-masing dan menunggu keputusan daripada web portal rasmi SPA dan emel peribadi yang mengatakan anda lulus dan layak untuk ke sesi temuduga.
KETIGA: Sesi Temuduga
Sesi temuduga adalah peringkat yang terakhir sebelum anda layak/lulus untuk menjadi KADET PTD. untuk sesi temuduga, anda akan ditemuduga oleh Pegawai Kerajaan yang mempunyai GRED yang tinggi di dalam perkhidmatan seperti GRED M52, Jusa C, Jusa B dan seangkatan dengan nya.
Sesi temuduga, anda perlu bijak dalam menonjolkan diri. ketenangan semasa menjawab soalan panel temuduga juga harus dititikberatkan. Pastikan anda mengikuti protokol pemakaian dan melengkapkan segala dokumen yang diminta semasa mengahdiri temuduga. Sila kemaskini maklumat diri dan akademik di dalam portal SPA9.
SEMOGA ANDA BERJAYA MENGAPAI CITA-CITA SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK. bila dah berjaya jangan lupa kepada mereka yang berada di belakang tabir sepanjang proses perjalanan anda di dalam permohonan PTD ini ya.
Sila tinggalkan komen jika ada soalan yang bermain di benak fikiran anda. In shaa allah saya akan menjawabnya.

Comments
Post a Comment